Pages

Tuesday 15 November 2011

Makanan & Pemakanan

~Definisi Makanan~
  • Makanan ialah satu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa, dan tekstur yang berbeza. Makanan mengandungi tenaga, zat makanan (nutrien) dan komponen- komponen lain yang memberikesan kepada kesihatan.Kita memerlu tenaga dan zat makanan yang penting sebab badan tidak dapatmengeluarkan sendiri dan mesti diambil dari makanan. Ada lebih 40 zat makanan yang dikumpul dalam enamjenis zat makanan utama iaitu karbohidrat, lemak, protein,vitamin, garam galian dan air.Makanan yang diambil setiap hari hendaklah seimbang dan membekalkan nutrien yang diperlukanmengikut keperluan individu. Nutrien yang diperlukan terdiri daripada kumpulan makanan yang berikut:
  • Makanan pembina tubuh iaitu protein. 
  • Makanan pembekal tenaga dan haba iaitu karbohidrat, lemak dan protein. 
  • Makanan pencegah penyakit iaitu vitamin dan garam mineral.


~Definisi Pemakanan~

  • Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan,pemulihan, dan pengawalan kesihatan. Nutrien, air, dan pelawas penting dalam proses tersebut.


~Konsep Makanan Dan Pemakanan~

  • Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dannutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian) yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien anda untuk membesar, berkembang,bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar.Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yangmenggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam Piramid Makanan. Didalam setiap kumpulan makanan, pelbagaikan jenis makanan yang diambil.Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada parasPiramid yang paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak Piramid. Inimembantu menjaminkankeseimban gan dalam pemakanan anda.Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada makanterlampau banyak. Panduan Piramid Makanan menyarankan jumlah (atauhidangan) yang boleh dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.

0 comments:

Post a Comment