Pages

Monday 21 November 2011

Sejarah Makanan Timur

Masakan Timur Tengah atau masakan Asia Barat adalah masakan di negara-negara Timur Tengah. Bahan yang biasanya digunakan adalah zaitun dan minyak zaitun, madu, wijen, peterseli,planta, kacang Arab, dan lain-lain. Beberapa makanan yang terkenal adalah kibbeh dan shawarma. Minuman yang terkenal adalah arak.
Masakan Timur ialah dari Kelantan.

Aku memang dengan tiba-tibanya suka pada masakan dari Kelantan ataupun ala-ala Thai. Tapi bukan yang manis-manisan itulah. Yang pedas-pedasan, masam-masaman itu jadi kegemaran aku. Dari mana aku belajar? Ya, dari semua kawan-kawan aku yang berasal dari Kelantan. Tahniah esp Cik Ieda kerna berjaya membawa makanan sebegitu ke dalam perut aku. haha. Lagipun aku kan belajar kat Pantai Timur. Jadi kenalah biasa kan dengan persekitaran, makanan, budaya & apa-apa jelah tentang Pantai Timur. Orang kata, 'Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mangaum'. Jadi akupun praktislah!

Antara makanan timur yang dulunya bukan kegemaran aku tapi telah menjadi kegemaran ialah:

1) Nasi kerabu

Mula-mula aku makan sewaktu Bazar Ramadhan. Mula-mula aku suka Nasi kerabu putih tapi bila dah try yang kaler biru itu (orang sana panggil Nasi Kerabu hitam), aku terus jadi suka yang itu pulak. Ikan goreng itu aku tak bape minat, yang bestnye pada aku ialah ulam kerabu dia (tanpa taugeh!) & sambal2 ntah ape ntah (budu skali kot dia letak). Ha, itu yang bestnye!

2) Nasi Goreng Kerabu
Yang ini aku makan 1st tyme kat Cafe U. Tyme itu Cafe Ume. Perh, sedap gila! Nasi goreng biase je, tambah ayam daging sikit. Yang specialnya ada bunga kantan. Itu yang menjadi penambah sedap di samping bau yang harum. Tambah pulak dengan Telur goreng, memang buat aku terliur lah!

3) Tom Yam Pok Teak


Tom yam ini baru lagi aku cuba. Tyme study week lepas dengan Dayah. Berdua saja! haha. Biasa lah dah berani drive, memang panjang langkah. Kol 10 malam masih boleh lagi keluar makan. haha. Ok2, ceritanya begini. Sebelum itu, aku ada tanya member2 aku yang Kelantan itu lah pe dia Tom yam Pok Teak ini. Sedap ke tak, bezanya. Pastu mereka pun beria2 cakap sedap. & bila dgn Dayah itulah aku try. Bila dah try, barulah tahu. Sebenarnya sama je dgn Tom Yam biasa. Yang bezanya 'sangat pedas' & lebih banyak isi (ketam, lala, udang, sotong, ayam, daging). Sedap! Rugi tak try..

4) Kerabu Mangga


Dulu aku pernah makan tapi aku tak suka. Nape ntah! Tapi sekarang ini sangat senang nak suka. Kalau boleh tiap kali makan nak aje aku order kerabu mangga. Sampaikan kat rumahpun aku nak buat kerabu mangga. Begitulah addictednya aku!

5) Somtam


Ini lagi 1 ala-ala kerabu mangga jugak tapi pakai betik (kira macam kerabu betiklah). Somtam! Seriously sedap. 1st aku makan kat restoran apa ntah (kat Jalan nak pergi Teluk Cempedak) masa bulan puasa. Cik Iedalah ini yang memperkenalkan. Dia order 1. Pastu tak cukup, order lagi. Memang menjilat jarilah!

Itu semua makanan dari Pantai Timur yang membuatkan aku terliur. Sangat sedap ok! Bila dah balik ke Johor ini tiba2 terasa nak balik U pulak sebab nak dapatkan semua makanan ini. hihi. Kepada 'dia', saya addicted semua makanan ini sebab rasanya yang sedap bukan kerana mahu/ada orang istimewa dari Pantai Timur. Saya nak orang Utara ok. Di ulang sekali lagi, UTARA! bukan TIMUR. hihi.

0 comments:

Post a Comment